Pagi ni belek muka hadapan METRO, sosej babi halal. Ehm, saya tak terkejut. Kenapa ? Sebab sudah menjadi lumrah strategi peniagaan sesetengah peniaga. Saya ulang yer, sesetengah peniaga. Jangan ada pula yang salah faham dan selepas itu tinggalkan komen yang ..........
Isu ini telah lama saya dan beberapa orang rakan pejabat bincangkan. Setiap kali hendak membeli barangan makanan mahupun minuman yang dijual di pasaran, setakat logo halal sahaja tidak mencukupi. Kena lihat juga siapa pengilang dan negara asal pengeluar.
Kawan : Apa yang kau belek bungkusan 3 in 1 tu. Kan ada logo halal. Ambil sahajalah.
Aku : Setakat tengok logo halal sahaja dah tak boleh pakai sekarang ni. Aku tengah baca siapa pengilangnya dan dari mana negara pengeluarnya.
Kawan : Ler, kau ni, sampai ke situ pula. Takkan pihak JAKIM sesuka hati beri sahaja status HALAL tanpa buat homework.
Aku : JAKIM memang telah buat kerja mereka tapi taktik kotor sesetengah peniaga ni. Sebelum dapat logo halal, semuanya di pastikan halal. Selepas dapat logo halal, lain pula cara mereka. Tak memang tangan JAKIM nak buat lawatan setiap bulan terhadap semua peniaga yang telah mendapat status Halal ni. Jadi menjadi tanggungjawap kita sendiri untuk melihat dan memilih apa yang terbaik untuk kita.
Kawan : Baru aku faham. Lebih baik kita setia dengan barangan dari Malaysia dan sokong produk usahawan yang biasa kita dengar. Sekarang ni, dah banyak sangat nama barangan yang terbaru di pasaran. Kalau dulu, kita biasa dengar VITAGEN sahaja. Sekarang ni, dah ada macam-macam nama selain vitagen.
Kalau daging burger pula, selalunya Ramli dan Ayamas but now, banyak jenama yang pelik-pelik pula namanya dan saiznya.
Aku : Tahu tak per. Sebagai pembeli, pilihan di tangan kita. Guna akal dan bertindak sewajarnya. Jangan di sebabkan teruja hendak mencuba produk baru, kita dah tak banyak fikir. Dengar promoter kata, produk ni terbaru, sedap dan murah, main beli sahaja.
Itu secebis bualan kami suatu ketika dahulu, dan pagi ini.
Kawan : Tidak rugi kita jadi pengguna bijak ni. Belek logo halal, belek siapa pengilang dan dari mana negara asal pengeluar. Tak cukup dengan itu, kita belek kualiti barang tersebut. Jika rasa was-was, tak payah beli. Cari sahaja jenama lain. Ada hikmahnya. Lepas ni, aku ada topik panas. Aku terjah satu restoran yang baru buka CINA MUSLIM RESTORAN. Tapi aku was-was bila lihat name card yang di beri.
Nama seorang Melayu + nama seorang Cina = Cina Muslim.
Aku keliru, aku teruja nak siasat. Bab agama seperti ini, mana boleh buat main. Boleh jahanam bisnes usahawan cina muslim yang benar-benar telus berniaga dek kerana sikap sebilangan manusia seperti itu.
siasat jgn tak siasat..kan naye je jd drh daging...
SMTI. :-)
Terbaru dari Logokoko:
[13SX] Makcik bertudung labuh KENTUT dalam lift!