Tips buat mereka yang bakal menghadiri temuduga kerja. Sila pastikan portfolio (hasil kerja) anda sehebat kemahiran anda. Anda boleh letak apa sahaja hasil kerja anda untuk penuhkan portfolio agar nampak hebat di mata orang yang temuduga anda tapi awas!
Tidak semua syarikat terutamanya syarikat swasta yang anda pohon, akan meneliti permohonan anda berdasarkan portfolio dan petahnya anda berbicara. Walaupun anda boleh bertutur bahasa lain selain bahasa Melayu dan English, kemahiran tetap akan di beri keutamakan.
Contoh.
Jawatan yang di pohon : Pembantu teknikal jurusan senibina
1. Datang awal sebelum waktu temuduga.
2. Menjawap ujian minda, masa yang di berikan 5 minit.
3. Kemahiran komputer proficient in Architecture Software -AutoCAD 2011, SketchUP 7, Photoshop and Microsoft Office, masa yang di berikan 20 minit.
4. Boleh bekerja di bawah tekanan. Semasa anda sedang menyiapkan ujian kemahiran, anda akan di pantau oleh seorang senior staff. Anda siapkan lukisan sambil menghadap komputer, senior staff akan duduk di sebelah anda sambil lihat apa yang anda buat.
5. Selepas itu, barulah anda akan di temuduga oleh bos. Bos akan meneliti ujian minda dan ujian kemahiran yang telah anda buat sebentar tadi.
Ehm, ada berani ?
Masuk hari ini, sudah dua orang tidak lulus temuduga kerana apa yang dibelajar serta kemahiran yang ada dalam portfolio, tidak dapat di persembahkan ketika temuduga.
Gementar, lupa cara nak buat, ingatkan temuduga biasa-biasa, tidak sangka ada ujian kemahiran dan ujian minda, adalah alasan yang sering di borok kosong bersama saya ketika mereka habis temuduga.
Itu semua tidak sepatutnya terjadi. Be prepared. Biar anda nampak hebat seperti portfolio anda. :)
Nota : Teringat kali pertama saya hadir temuduga untuk jawatan di bidang pengurusan. Ujian kemahiran, menaip satu surat rasmi dalam masa 5 minit.
Soalan yang mula-mula bos no.1 kata : " Wow, you are from xxxxx school and your english must be good. "
Bos no.2 : " Bukan apa, ada sesetengah surat yang perlu dikarang dalam english. Terutama bab payment dan sijil arkitek yang dikeluarkan. "
Syukur, saya lulus dan tenang ketika berhadapan dengan situasi yang memang tidak di sangka-sangka. Saya tidak hiraukan siapa yang sedang melihat saya menaip. Tumpuan saya adalah untuk memberikan yang terbaik dalam masa yang di tetapkan.
Ingatkan interview biasa-biasa jer. Sudahlah saya di berikan komputer apple yang mana sebelum ini tidak pernah saya gunakan. Grrrr.... : )
Eh, jawatan kosong di atas masih ada. Kpd sesiapa yg berminat, sila tinggalkan komen yer.
:-)
nasib baik skang dah tenang dgn kerja yg ada...