Kritik membawa kepada erti teguran sama ada yang membina ataupun tentang yang merosakkan sesuatu. Salah satu ceramah dari Ustaz Kazim Elias yang saya dengar, ada menyentuh sikap sesetengah blogger. Ada satu blog di wujudkan atas dasar untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penceramah terkenal ini. Saya yang mendengar ceramah tersebut rasa terkilan dengan sikap blogger yang dimaksudkan. Buat malu blogger sahaja.
Umum mengetahui, sebagai blogger kita terikat dengan beberapa syarat dalam menerbitkan artikel kita. Sila jangan ambil sambil lewa isu ini. Seperti kata artikel di bawah..
" Sesetengah orang ni, tidak ada kerja lain. Asyik nak kutuk orang jer. Buat blog, hentam orang tu hentam orang ni. Semua orang tidak betul di fikirannya. Sampai Ustaz pun kena hentam.
Dia hadir dengar ceramah agama bukan kerana ilmu tetapi kerana untuk mencari point agar dapat dijadikan bahan kritikan ke dalam blognya kelak. Itu tidak kena, ini tidak kena. Bila saya masuk blog dia untuk melihat siapakah yang sangat lantang bersuara itu, gambarnya disembunyikan. Kalau dah berani sangat bersuara, sila berani letak muka di dalam blog. Ini tidak. Penakut. Blogger konon. Itu blogger sampah. Berhati-hatilah dengan blogger yang seperti ini."
Jangan jadi blogger sampah. Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Di sebabkan sikap sesetengah blogger sampah ini, habis semua blogger turut terkena tempiasnya. Berfikir sebelum menulis artikel.
Nota : Kepada en. anon (tanpa nama dan tanpa link blog) selain blog Hanis Zalikha, saya selalu komen berkali-kali di blog Kereta Mayat, Ben Ashaari, Jejaka Terhangat, Mazidul Akmal Sidek dan beberapa blog yang lain lagi. Oh, ya terutama blog Zack Zukhairi. :)
sabor cik green apple...
nak buat camna depa ada tangan nak menulis..ada akal nak berfikir...
may god bless u
orang yg mghntam, kalau dia ada point trsndiri. kita tak bleh pggil dia smpah. setidak2nya dia ada pemikiran yg berbeza. kita masih bleh ambil dan kaji point2 dia..
Walaupun mereka komen tak puas hati, tetapi mereka tetap juga jengah blog saya. Bertambah-tambahlah jumlah page view blog ini. Always think positif and stay cool.. :)
kepada blogger semua..
sudah2 la tu cari rezeki macam tu.. tak berkat. 1000 orang baca blog kau, 1000 dosa orang2 yg baca tu ko dapat.. untung kah? lu pikir la sendiri..