![]() |
Jom teka, di manakah lokasi tempat ini ? |
GEORGETOWN: Kerajaan negeri mengisytiharkan cuti umum pada 7 Julai depan sempena Hari Bandar Warisan George Town di negeri ini, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Zainal Rahim Seman.
Beliau berkata, cuti umum itu berkuatkuasa mulai tahun ini sebagai meraikan hari pengisytiharan Bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 7 Julai tahun lalu.
"Penetapan 7 Julai sebagai Hari Cuti Umum ini telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 17 Disember 2009 dan Surat Pekeliling mengenai perkara ini telah dikeluarkan kepada semua Ketua Jabatan, Agensi Persekutuan dan Negeri serta Ketua Pengarah Pelajaran bagi memaklumkan perkara itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, surat pekeliling yang sama juga telah dihantar kepada Persatuan Pekilang-Pekilang, Persatuan Bank-Bank, Persatuan Hotel-Hotel, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga pertubuhan parti politik di negeri ini.
Zainal Rahim berkata, bagaimanapun hari kelepasan am itu tidak menjadi “cuti berbayar” mengikut Seksyen 60D (1)(a) Akta Pekerjaan (Akta 265) kecuali jika majikan bersetuju berbuat demikian dengan pekerja mengikut Seksyen 60D(1A) Akta 265.
Akta itu menetapkan bahawa empat hari iaitu Hari Jadi Yang Dipertua Negeri, Hari Jadi Yang di-Pertuan Agong, Hari Kebangsaan dan Hari Buruh mesti diiktiraf oleh majikan daripada 10 hari cuti awam di mana baki enam hari lagi adalah atas budi bicara majikan.
"Walaupun cuti umum itu tidak mewajibkan semua majikan mematuhinya, namun kerajaan negeri berharap majikan dapat memberi kerjasama dengan memberi kelepasan am bagi memberi peluang kepada pekerja mereka mengambil bahagian meraikan sambutan Ulang Tahun Pengiktirafan Bandar Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia yang dianjurkan kerajaan negeri," katanya. - BERNAMA
GreenAppleKu : Sila baca perkataan yang telah di bold kan. Di sebabkan bank di seluruh Pulau Pinang tutup, jadi bos pun berkata, khamis ini kamu semua boleh bercuti. (^^)
Pelan sempena Penang World Heritage :
Makan pagi : Subway - Sefood and crab.
Makan tengahari : The Kapitan Nasi Kandar - Beriani ayam.
Minum petang : Lokasi belum di kenal pasti - Cendol, ais kacang and laksa.
Makan malam : Nasi Kandar Beratur..
Nota : Jangan lupa baca doa makan.
[18PGSX] Logorithm's Wordless Wednesday #5
[U] Logorithm buat logo baru untuk fan page EqbalZack.com!
tapi jenuh lar poket ngan peruttt...
heavy smua benda tu...
pa pon slamat bercuti n berlibur...
ASCA
huhu