BUENOS AIRES – Seramai 2,697 pasangan gay dan lesbian berkahwin di sini sejak Argentina menjadi negara Amerika Latin pertama membenarkan perkahwinan jantina yang sama.
Persekutuan lesbian, gay dan biseksual berkata, 60 peratus daripada perkahwinan itu membabitkan lelaki dengan lelaki dan wilayah yang paling diminati bagi melangsungkan majlis berkenaan ialah di Buenos Aires.
Bagaimanapun, golongan gay berkata, keadaan tidak semanya indah sejak kongres Argentina meluluskan undang-undang itu kerana mereka berdepan masalah untuk memujuk pihak berkuasa awam untuk mendaftar anak mereka menggunakan kedua-dua nama. – AP
GreenAppleKu : Bila larangan Allah swt di langgar, tidak di ambil peduli, tidak di jadikan rujukan malah ada yang letak ke tepi semata-mata untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu songsang. Mungkin sebab inilah, terjadi banyak perkara yang tidak pernah terjadi sebelum ini.
Cuaca yang tidak mengikut musim, buah-buahan yang sudah tidak mengikut musim. Sekejap hujan sekejap panas, sekejap gerak gempa, sekejap ribut taufan, sekejap ombak besar.