GreenAppleKu : Isu yang panas dek kerana tersiarnya artikel di atas. Saya sendiri kurang pasti apa tujuan utama penulis artikel tersebut. Adakah beliau hendak memerli seseorang, memperlekehkan agama atau hendak mempersendakan sistem perundangan di negara kita?
Terdapat lebih dari satu pendapat dan kesimpulan yang boleh kita buat sebaik sahaja selesai membaca artikel tersebut.
Ini juga boleh kita jadikan ikhtibar dalam penulisan di blog kita. Artikel biarlah jelas dengan isu yang hendak disampaikan. Supaya orang yang membaca tidak tersalah tafsir, apa yang hendak kita sampaikan. Peace, no war.
Pendapat Dr. Maza mengenai isu ini ,
Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam. Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah. Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar.
Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan? Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?
Rogol
Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi. Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah.
Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri. Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?
: movie mistakes dalam filem PAUL..
: AWAT TAK TEGANG NI? Hmmm