Sedar tak sedar, terasa betapa cepatnya masa yang berlalu. Belek-belek kalender kuda (suka kalender ni sebab amat detail info tentang cuti dan sebagainya) lagi dua bulan kita akan melangkah ke bulan Ramadhan. 

Girl..you all dah habis ker ganti puasa tahun lepas. Kalau belum, cepat-cepat ganti untuk selesaikan hutang kita dengan diri sendiri.

Terjah blog wanitamelayuseksa ( ini bukan blog lucah walaupun sekali baca seperti nama blog lucah ) ada kempen jangan PAKAI legging JIKA hendak ke bazar ramadhan nanti. Kesian ler kat pakcik-pakcik dan abang-abang yang penat berpuasa sepanjang hari. 

Dah berkurangan pahala puasa mereka kerana terpandang wanita berlengging sedang membeli ayam percik di bazaar. Takkan nak jalan tutup mata pula kan. Agak-agaklah.

Pengalaman saya sendiri sepetang di bazaar ramadhan masjid Bayan Baru, Pulau Pinang tidak kurang hebatnya. Wanita pangkat emak-emak ( sekitar umur 45 tahun keatas ) sekadar memakai baju tanpa lengan + seluar jeans ketat with rambut berwarna perang. Bercermin mata CK tampil bergaya dan sungguh saya yang melihat berasa TIDAK KENA GAYA TU MAKCIK.

Makcik tersebut terlupa agaknya, bazaar tu belakang masjid sahaja. Kalau ingin merasa enaknya bubur lambuk percuma, makcik terpaksa beratur dalam kawasan masjid untuk mendapatkan bubur tersebut.

" Awalnya buat kempen, puasa lagi dua bulan ler.."

Tak rugi buat kempen awal-awal ni. Boleh kita menabung untuk beli baju yang menutup aurat untuk di pakai di bulan Ramadhan nanti. 


29 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

MizzTina berkata…
sgt bagus kempen ni...hehe..
Afuan Shah berkata…
melampau benau bulan puasa pon nak kena pakai legging...
yang makcik CK tu pon...nak vogue pon tunggu raya lah...HAHAH
Ujang9897 berkata…
bagus entri ni kak..mmg kena buat awal2..hee
EgStories berkata…
@ mizz, jom join this kempen. tampal kat blog besar2.
EgStories berkata…
@ Afuan, haha..betul tu nak bergaya tunggu raya ler..
EgStories berkata…
@ Ujang, join ler ujang. Sebarkan dan tampal kat blog semoga ada yg mendapat panduan berfesyen nanti. haha..
MizzTina berkata…
oryte, nnt sy buat kempen ni gak.. :)
Mylady berkata…
hehehe..lawak gile..

GA..nanti hang print out la poster nih tampal kat pasar2 ramadhan ni.. kalau dak nanti, mesti ada yang jalan lenggang pakai legging..hahaha
Unknown berkata…
jyeah! saya sokong..
Diyana berkata…
bagus kempen ni.Saya sokong,pergi bazar x payah lah nak berlegging-legging pon
EgStories berkata…
@ my lady, boleh gunapakai gak idea hang tu awesome. haha..
EgStories berkata…
@ sesegar, jgn lupa pacak dalam blog tau.. (eh, awak still belajar di jepun ker) kat jepun ada bazaar ramadhan tak?
EgStories berkata…
@ diyana, betul tu diyana, kalau nak gak pakai legging, pakai ngan jubah atau baju kurung jer. Bukan per, kalau naik motor bila terselak dek tiupan angin tak ler nampak kaki..huhu..
Misz-ella berkata…
org skrg ramai yg camtu .. Bertudung tapi tak tutup aurat.
EgStories berkata…
@ kakchik, hai dear..lamanyer tak terjah sini. miss you..haha..
AdyBudika berkata…
saya rasa saya chantek kalau legging..sila jangan larang saya!!!!! ahahahahahah
Zulfadly berkata…
setuju kak, ramai sgt mcm ni sekarang, legging tu dah rupa membogelkan diri, xtau ah, fesyen semata2 dr mnutup aurat
Hami Asraff berkata…
Alhamdulillah. Moga ianya mampu dilaksanakan. Bukan sahaja di bulan Ramadhan, malahan bulan2 lain juga :)
fadh leyanie berkata…
yane pernah nampak wanita lingkungan 40+ berlegging putih tapi bertudung..tak sesuai la..memalukan
Unknown berkata…
em,,betol 2 kak...hormatla cket kat owang laen yg berpuase 2..
Umi Anaan berkata…
saya sokong!!!!! sangat2x... bukannya cantik pon pakai macam tu..buat sakit mata je..huhu

entri terbaru
hentian bas puduraya baru..cantikk
Areyoudys berkata…
as salam..

▂ ▃ ▅ ▆ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

haih..esplotasi iman..kalau tak diharamkan penjualan legging ni, selagi tu juga pembeli2nya dikalangan umat Islam. tapi kalau si isteri, demi suaminya.. =)

puasa? alhamdulillah..

saya cuma nak bagitau..

Islam memenjarakan kita.
GA tahu?
EgStories berkata…
@ Adybudika, kahkahkah..ikut suka kamu ler Ady oiiii...
EgStories berkata…
@ Zul, jom kita berkempen..
EgStories berkata…
@ Hami Asraff, sangat teruja lihat komen awak ni. Yup sepatutnya ianya terus dilaksanakan pada bila-bila masa. Tidak hanya pada bulan Ramadhan jer..kerna itulah yang sebaiknya.
EgStories berkata…
@ fadh, baju konfem labuh just betul2 paras punggung..memang tak awesome. herm...
EgStories berkata…
@ budak tembam, kesian ler sama kat orang lain kan.
EgStories berkata…
@ Umi, tapi kalau mereka rasa cantik dan stylo camna pula yer..bangga dpt pakai legging. to me, ianya amat memalukan..huhu..
EgStories berkata…
@ fadzli, okay gak yer kalau diharamkan..hehe..settle the problem.
Terbaru Lebih lama