Ini entri tidak puas hati. Dekat kad klinik tercatat, jam 8.00 malam waktu doktor bertugas tapi doktor hanya muncul pada jam 8.20 malam!
Rata-rata yang ke klinik adalah di sebabkan sakit. Kalau sihat, tak der maknanyer nak pergi lepak di klinik. Ada yang sakit kepala, ada yang demam, ada yang nak cuci luka sebab jatuh motor, ada yang selsema dan ada juga yang sekadar untuk mendapatkan cuti sakit.
Saya ke klinik sebab bawa my father yang demam panas. 5 minit sebelum jam 8.00 malam dah terpacak di klinik. Suke pergi awal sebab tak nak tunggu lama dan ingin cepat mendapatkan rawatan untuk my father. (ciri-ciri anak yang baik huhu..)
My father seorang yang kuat semangat dan jika setakat sakit sikit-sikit, demam biasa tu, dia boleh bertahan tanpa telan ubat. But not for this time. Pening kepala, kata my father. Dan kalau dah begitu keadaannya, mana mungkin boleh drive kan.
Jangan ambil risiko. Better find someone to drive you to the nearest clinic. Ingat pesanan saya ni yer.
" Erk.. cik, doktor dah ada ker ? "
" Ehm..doktor akan sampai dalam masa 15-20 minit lagi. "
Next time tulis pada kad
Waktu rawatan : 8.00mlm - 10.00mlm
Doktor tiba di klinik : 8.20mlm
memang sama je situasi nyer dekat area saya.. memang tak mustahil doktor tu pun ada emergency kan..tapi kalau kat area kitorang, memang setiap hari pun lewat.. tak tau la kalau ari2 doktor berbeza pun ada emergency setiap hari kan? huuu.. ke dorang memang dahs et kan, start je pukul 8 untuk pendaftaran.... doktor lambat sikit masuk.. tatau la... huhu
<-- pernah alami situasi orang sakit jantung, meninggal sebelum terima rawatan. rilek je petugas2 kat unit rawatan luar. ada ke disuruhnya tunggu kat unit rawatan luar
>_<
kesian arwah. sedang2 berborak pasal penyakit, tiba2 sakit dada. kemudian, meninggal.
innalillah..
moga arwah aman disana..