Ada sesiapa yang tonton drama Jemaah Kolestrol tak? Drama ini menyentuh isu kesihatan, kepercayaan karut dan agama. Seorang anak muda, lulusan pelajaran usulludin dari Jordon menegur sikap sebilangan ahli masjid kerana mempercayai kononnya puaka yang terdapat di sebuah perigi lama menjadi punca kematian tiga orang setiausaha masjid di kampung tersebut.
Anak muda tersebut yang juga seorang blogger sambilan, cuba menyedarkan kepercayaan karut kumpulan ahli masjid tersebut agar mereka tidak syirik! Punca sebenar kematian ketiga-tiga setiausaha adalah kerana tidak menjaga kesihatan dengan baik.
Setiap kali bila ceramah agama diadakan, ajk masjid tersebut lebih menitik beratkan bab menu makanan dari isi ceramah yang hendak di adakan. Memang melucukan bila ceramah yang diadakan tak sampai setengah jam tapi bab menjamu selera lebih dari setengah jam!
Secara keseluruhannya, mesej yang hendak disampaikan dalam drama ini dah cantik.
Yang tidak cantiknya, bab berpegangan tangan di antara anak muda yang memperjuangkan isu agama dengan doktor wanita, yang pada masa itu belum lagi menjadi isterinya. Yang pelakon wanita tu pun, dah comel dan cantik berlakon sebagai seorang doktor yang menutup aurat, tiba-tiba buka tudung ketika berada di rumah.
Herm dari best-best layan drama tersebut, terus mematikan minat saya untuk mengikuti. Setakat ini, saya tabik dengan lakonan Heliza Helmi dalam filem SYURGA CINTA. Itu barulah contoh pelakon wanita bertudung dan menjaga batas-batas pergaulan dalam Islam. Diluar dunia lakonan pun, perwatakan Heliza tetap sama.
Tidak seperti sesetengah artis, dalam lakonan muslimah habis tapi perwatakan sebenar lebih teruk dari lakonannya. Okay saya faham, itu kehendak pengarang/pengarah/watak/skrip. Dan nama pun BERLAKON.
anis na ajak bace nie..bace and komen kalo free..post for da 2nd time..
http://anismelon.blogspot.com/2011/06/sampai-menutup-mata.html
oo..cerita tadi..
haih..tak dapat tengok sampai habis.diganggu oleh makhluk huduh kat highway karak.
oo.. dia berpegang tangan walaupun sekadar berlakon.. hm..pengarah, pelakon, semua yang terlibat kerana tak menegur. mungkin?
perempuan yang macam gedik2 tu, muka dia macam neelofa..huhu..
bila sebut mana hala tuju artis, wallahu'alam..jika mereka silap, kita yang beringat ni,tolong tegur mereka
=)
Orang yg bunuh dia tu, orang Islam gak ker?
Tapi kenapa lately ni dah jarang dpt lihat dia berlakon? Diskriminasi ker? Lebih baik kita tonton Transformer, hati tak sakit dek kerana melihat manusia hiprokrit.