Bila sesekali mendengar kisah paranormal ini, rasa seperti hendak percaya atau tidak percaya. Biar betul. Iyer ker masih ada kejadian yang tidak masuk dek akal fikiran jika kita berfikir mengunapakai logik akal.
Namun ianya tetap terjadi dan terus terjadi hingga ada kes yang telah mengubah perjalanan kehidupan seharian seseorang yang terkena kejadian paranormal ini.
Tangisan si kecil yang kerap kali kedengaran sedikit sebanyak menjadi tanda tanya pada jiran sebelah.
Kenapa si kecil ni tak henti nangis?
Laparkah dia?
Kena derakah dia?
Tidak mungkin kes dera sebab keluarga itu sebuah keluarga yang penyayang. Baik budi pekerti dan menghormati jiran tetangga.
" Kerap sangat dengar anak kecil Lisa menangis. Kenapa? "
Bual kosong Kak Kiah bersama ibu Lisa pada suatu petang.
" Rumah kami ada gangguan. Akak sendiri pun tak tahu, apa benda yang mengganggu rumah kami. Sebelum ini tidak pula. Dah serata tempat pergi berubat tapi masih tetap kena ganggu. Badan akak pun dah mula rasa sakit-sakit. Ini bukan sakit yang boleh sembuh dengan ubat. Ini sakit lain."
" Apa sebenarnya yang menganggu ni Kak Leha? "
" Entahlah, hantu jenis apa pun kak tak pasti. Tapi yang nyata, habis satu rumah dia kencing. Pernah sekali itu, Zack, suami Lisa, minta Lisa masakkan mee segera. Baru jer Zack tarik kerusi untuk duduk di meja makan, di bantainya kencing betul-betul di tepi Zack. Nasib baik tidak kena pada Zack.
Kami boleh nampak, air kencing turun dari siling. Tapi tak nampak makhluk tu. Kalau makhluk tu nak kencing, dia tidak mengira tempat. Sekali tu, betul-betul tepi cucu aku yang sedang tidur. Nasib baik tak kena pada dia. "
Herm, berat juga kes Kak Leha ni. Korang tahu tak, apa nama hantu jenis yang suka kencing merata ni ? Mana tahu, kita boleh bantu Kak Leha dan keluarganya.
Untuk pengetahuan korang semua, rumah Kak Leha, betul-betul berhadapan dengan rumah saya. Seberang jalan sahaja. Erk!!
Surah Qursi adalah sebaik surah utk di amalkan setiap kali sebelum tidur.
Kesian tgk pada mereka. Siapa boleh tahan kalau di duga dengan kejadian kencing bersepah ni. Nak solat pun terganggu.