Selamat pengantin baru, moga kekal hingga ke akhir hayat..
Melainkan pengantin lelaki dengan kaum lelaki dan pengantin perempuan dengan kaum perempuan. Jangan disebabkan rasa hormat dan ingin menjaga hati tetamu yang hadir, pasangan pengantin terpaksa melanggar dan membelakangkan apa yang telah termaktub didalam agama Islam.
Tidak boleh bersalaman di antara bukan mahram. Walaupun mereka terdiri daripada sahabat handai dan kaum keluarga mertua. Tercemar agama dek kerana budaya bersalaman yang tidak tentu hala ini.
Raja sehari tampil segak bergaya, permaisurinya manis menutup aurat. Sedap mata yang memandang. Ucapan selamat pengantin baru, bermain di bibir setiap jemputan yang hadir.
Mana mungkin budaya bersalaman dengan pengantin dapat dihentikan. Nampak macam tidak hormat dan tidak kena sahaja. Risau di label, pengantin sombong pula. Betul juga tu.
Saya ada satu cadangan. Apa kata pengantin mengenakan sarung tangan. Adat dapat dipelihara dan tuntutan agama dapat di patuhi. Barulah meriah majlis kenduri kahwin. Anda bagaimana pula? Apa komen anda?
: TWILIGHT: BREAKING DOWN PART 1, november ini
: AWAT TAK TEGANG NI? Hmmm
yup. sejak dari bangku sekolah dah dberitahu dan diperingatkan berulang kali. bila dah meninggalkan alam persekolahan, tak dipraktikkan langsung.
ha. sarung tangan. satu cara yang berguna. tapi ta boleh terlalu 'memegang; kulit si pemakai
=)
cadangan yang berguna..