Apabila hidung tetiba rasa tersumbat. Tekak rasa tak sedap jer. Badan pula terasa seram sejuk.Tu tandanya kemungkinan kita nak demam. Lebih baik kita telan ubat dan releks sambil baring di atas katil. Pejamkan mata. Free kan minda dari berfikir entri apa yang hendak dibuat untuk hari ini. Insyaallah, akhirnya anda konfem dah terlena.
Itu adalah tanda-tanda nak demam. Hendak terkena sihir juga ada tanda-tandanya. Artikel menarik ini saya terbaca di majalah Anis dan ditulis oleh Dato' Dr. Amran Kasimi. Menurut kata beliau, tanda-tanda seseorang itu terkena sihir terbahagi dua iaitu tanda ketika tidur dan tanda ketika dalam keadaan jaga.
Gangguan tidur sering berlaku ketika seseorang itu baru hendak terlena, juga ketika sedang tidur nyenyak. Mereka sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam, tinggi lagi menakutkan. Ada juga yang mimpi melihat binatang yang menakutkan seperti ular, kucing besar, anjing ataupun harimau. Makhluk ini akan menghambat atau menggigit.
Tanda-tanda gangguan sewaktu dalam keadaan jaga, antaranya terasa seolah-olah di gigit oleh sesuatu, di hujung jari tangan atau kaki atau pada bahagian badan. Bekas lebam biru dapat dilihat di celah paha atau betis. Terasa bisa, lenguh pada bahagian berkenaan.
Berlaku juga kejadian ganjil seperti terdengar seperti suis lampu dibuka, paip air, pintu, atau tingkap dibuka dan ditutup, suara orang berlari atau naik tangga, lampu rumah kadang-kadang bernyala sendiri, paip mengeluarkan air kemudian tertutup. Terlihat kepulan asap dalam rumah seolah-olah benda terbakar. Terbau bauan yang tiada punca seperti bau sampah, bangkai, darah, bau kemenyan dan bau wangi.
Herm, seram rasanya semasa saya sedang menaip artikel ni. Terbayang-bayang dalam fikiran setiap perkara yang ditulis. Seperti sedang melihat drama seram jer.
Sebagai umat Islam, tidak kiralah apa jua bangsa anda, amalan membaca surah Kursi, tiga Qul setiap kali selepas solat dan sebelum tidur, mampu menjadi benteng pertahanan dari terkena gangguan sihir ini. Insyaallah, ada jalanNya.
alhamdulillah..sekarang dah oke.. :)
Jahat manusia nie...
myetech9[dot]com @ Enchik Nine