Ini adalah sambungan kepada entri ini (klik kepada yang nak baca) supaya anda faham apa yang cuba saya ceritakan.
Jika anda mengalami tanda-tanda mahupun gangguan seperti yang telah saya ceritakan di dalam artikel yang terdahulu, mungkin rumah anda ada 'tetamu yang datang dan tidak mahu pulang a k a gangguan dari makhluk halus ataupun hantu.
Berdasarkan kisah benar dari seseorang, dia sendiri pada mulanya tidak percaya dengan semua benda-benda, cerita-cerita hantu ni. Baginya, mana ada hantu. Tetapi setelah gangguan demi gangguan yang diterima, akhirnya dia mengambil keputusan untuk menyiasat apakah sebenarnya yang terjadi.
Hasil siasatan yang di terima agak mengejutkan dan dia tidak tahu langsung yang keturunan nenek moyangnya yang terdahulu, ada membela 'khadam' atau 'saka'.
Biarpun dunia hari ini sedang berperang dengan kemajuan sains dan teknologi, namun masih ada masyarakat kita yang mengamalkan amalan yang di laknat oleh Allah s.w.t. Jangan sesekali kita bersubahat dengan syaitan. Bagi mereka yang ada mewarisi saka dari nenek moyang, berikhtiarlah mencari tabib yang pakar agar saka yang diwarisi dapat dipindahkan ke tempat lain.
Bertaubatlah, agar kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.
new update>>
http://cintailmu89.blogspot.com/2011/05/lelaki-jaga-kulitlembut-kah.html
minat dijauhkan dari perkara sebegini