Terjah blog Ariff, menurutnya jika di luar negara, iklan-iklan berbentuk lucah, biasanya hanya dipaparkan di laman-laman web lucah dan bukan di akhbar cetak, blog atau laman web yang boleh dibaca oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira had umur seperti yang sering kita lihat di negara kita sendiri.
Kita marahkan anak-anak muda melakukan seks bebas sana sini. Tapi bila bahan bacaan hiburan anak muda sekarang ni semuanya memaparkan iklan produk seks, ubat kuat, zakar lebih panjang, payudara isteri tegang, badan montok dan sebagainya tidakkah ia sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran anak-anak muda ni semua bahawa seks ni semua adalah perkara biasa?
Pihak akhbar dan pemilik laman web ni semua haruslah bertanggungjawab untuk menapis iklan-iklan yang dipaparkan di akhbar dan laman web mereka dan memastikan bahawa iklan yang dipaparkan sesuai dengan peringkat umur pembaca mereka.
Aku tak mengatakan iklan-iklan ni menjadi punca keruntuhan akhlak remaja tapi cuba fikirkan kalau budak umuk 5-6 tahun selak surat khabar atau buka blog-blog yang memaparkan iklan macam ni. Dengan alasan ingin tahu, mereka klik pada iklan yang memaparkan gambar-gambar menarik dan slogan yang hebat. Rasa ingin tahu ni tadi semakin lama semakin besar dan mungkin kelak membawa mereka ke laman web lucah untuk melihat sendiri apa maksud sebenar ‘puas’, ‘badan montok’, ‘payudara tegang’ dan sebagainya.
Kaji demografi pembaca anda. Kalau dah terang-terang laman web anda untuk bacaan/hiburan umum, pastikan takde elemen panas seperti ini. Jadilah blogger/webmaster yang bertanggungjawab.
GreenAppleKu : Memang susah kita hendak menjawap persoalan yang di ajukan oleh seorang kanak-kanak yang berumur 5 tahun bila dia bertanya badan montok tu apa ataupun ubat kuat tu apa? Lebih baik biar kanak-kanak ni layan disney channel jer.
Kalau kita nak layan drama melayu, tunggu time anak dah masuk tidur bagi mengelakkan mereka terlihat iklan yang tidak sepatutnya yang memang kian banyak di tayangkan. Kekadang timbul juga rasa geram apabila masa untuk iklan lebih panjang dari masa untuk drama di siarkan. Grrr...
tu yg semua byk yg lucah2,
tak kira laki pompuan..semua sama.
haish, akhir zaman
maju lah iklan untuk negara! ;)