SSM atau nama penuh Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah syarikat yang menguruskan pendaftaran perniagaan bagi sesiapa yang ingin menjadi usahawan mahupun menjalankan perniagaan. Di Pulau Pinang, bertempat di Pasar Awam Bayan Baru, mereka ada menjalankan satu program iaitu hari bertemu pelanggan pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis pada minggu ke dua dan ketiga setiap bulan.
Kepada sesiapa yang ingin bertemu mereka pada hari tersebut, pastikan anda hadir pada jam 10.00 pagi. Ya, waktu urusniaga mereka bermula pada jam 10.00 pagi bukan 9.00 pagi.
Saya sedang menanti ketibaan mereka dan sambil-sambil itu, sempat juga saya up date blog dan beramah mesra dengan mereka yang lain yang turut sama sabar menanti ketibaan wakil SSM. Kenapa tak buka jam 9.00 pagi yer?
Ramai yang hadir sejak jam 8.30 pagi kerana mereka menjangkakan waktu pejabat bermula pada jam 9.00 pagi. Mungkin persoalan ini boleh dimajukan kepada pihak yang berkenaan dan ini dapat menambah baik lagi kepada program bertemu pelanggan.