Komen dari seorang blogger Tanpa Nama, boleh dijadikan topik untuk kita bincangkan secara lebih panjang lebar. Sama-sama kita kongsi pendapat dan pengalaman.
Saya lelaki but cukup bengang kalu pas slesai menketedarah, ada siBRO dok kat meja sebelah dgn selamba tanpa rasa bersalah & amp; berperikemanusiaan plekat rokok dan asap berkepoi mai direct kat muka aku... tambah pulak kalu anak bini aku dok ada sama... tak pasai anak2 aku dok sedut racun plak... rasa lagu nak pie lepaih maki kat depan muka...@X*#O>^QXXX...
Cool ker anda merokok di tempat awam?
" Hello, takder papan tanda DILARANG MEROKOK pun. "
Memanglah takder tapi anda sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal dan fikiran rasanya dapat berfikir dengan logik. Ketika anda sedang asyik melayan rokok sebaik sahaja selepas makan di foodcourt, cuba lihat orang yang berada di tepi, di kanan, di kiri, di depan dan dibelakang anda. Apa reaksi mereka semua.
Adakah mereka tersenyum melihat anda merokok. Atau ada yang menutup hidung sambil memandang penuh kebencian pada anda.
Sedikit info tentang kesan asap rokok, orang yang menghidu asap ni lebih teruk azabnya dari orang yang menghisap rokok. Oleh itu, sebelum merokok tu, sila pandang-pandang.
entah tah pe2la..merokok ini..x de paedahnye..dok rokok je...