Seingat sayalah, fesyen legging nih dah lama wujud. Sejak zaman saya sekolah rendah lagi. Dalam sekitar tahun 80'an. Tapi dahulu legging digayakan dengan t'shirt besar. Sekadar dibuat pakaian tidur. Ada juga yang gunapakai sebagai penganti kain dalam. Ini kes malas nak pakai kain pendua. Lebih selesa pakai seluar. Luas sedikit bila buka langkah seribu.
Masa berlalu silih berganti. Kini legging muncul kembali dengan pelbagai corak dan gaya di peragakan. Memang kreatif mereka memperagakan sehingga ramai yang tertarik untuk mencuba. Saya tidak salahkan fesyen. Manusia yang hendak memakainya sepatutnya tahu bagaimana untuk mengayakan sesuatu fesyen terkini andai tidak mahu dikatakan ketinggalan fesyen.
Legging, fesyen seluar yang ketat lagi melekat. Seperti kita memakai stokin. Lekat dan melekat menampakkan bentuk kaki. Jelas kelihatan bentuk tapak kaki. Terkini yang saya terpandang, legging berwarna pink digayakan dengan t'shirt berwarna putih paras pinggang. Dan jelas kelihatan warna seluar kecik dek kerana baju yang di pakai tidak labuh menutupi paras punggung.
Saya yang terlihat, rasa seperti ingin menghulurkan jaket saya pada wanita terbabit. Malu! Dan kejadian tersebut berlaku di tempat awam. Ramai mata yang memerhati. Ada yang terpandang berkali-kali. Dan yang paling nakal, ada yang snap gambar wanita tersebut. Siap senyuman yang penuh kepuasan kerana punya koleksi terkini cara ber'lengging'. Saya yang hendak melangkah ke farmasi berdekatan terbatal niat. Risau memikirkan keselamatan diri sendiri.
Girl out there, please. Jangan dek kerana tidak mahu kalah dalam isu berfesyen, anda terlupa keselamatan diri sendiri.
latest entry : Maksud Ayat Couple
amat2 tidak sesuai....
keladang ada yg tal perasa yg seluar ni dah terpecah jahitannya....
mas memang tak minat ngan seluar ni...
p/s: Macam kenal ayat anda di atas tu. "Ini adalah blog peribadi....." Untuk pengetahuan, itu ayat saya :)
Entri Lelatest
99 Hari Kisah Klasik Kita : Doa Malam Pertama
agaknya dpt nasihat fesyen yang salah kot?