Terpanggil untuk menulis entri ini selepas terbaca komen dari seorang rakan di facebooknya. Luahan hatinya menarik hati saya untuk drop komen sekaligus mencetuskan ilham untuk post artikel.
Perlukah kita bercerita, laki aku pakai kereta BMW, jam tangan pula kena beli yang harga beribu, lagi mahal lagi bagus, tidak biasa pakai yang harga setakat ratus-ratus tu sebab takut kena alahan pada kulit. Minyak wangi pula mesti dari luar negara, kalau setakat yang ada dalam Malaysia ni, baunya tidak tahan lama.
Diri sendiri pula, number plat kereta di tempah sama dengan number plat suami sebab tradisi keluarga. Tudung kena pakai yang beli dari Dubai sahaja. Baju pula hanya si pereka fesyen tu yang tahu apa citarasanya.
Mungkin niat di hati, tulus ikhlas bercerita tapi cara penyampaian tidak kena. Sakit telinga yang mendengar serta mata yang memerhati. Dari cara bercerita telah timbul unsur-unsur riak. Dari rasa kagum akan mula terbit meluat dan menyampah jika hari-hari itu sahaja ceritanya. Pada yang tidak setaraf dengannya, pandang sebelah mata jer. Hek eleh, setakat bawa kereta wira, apa kelas.
To me, walau kita punya harta yang banyak, dan banyaknya harta itu sehingga cukup stok untuk tujuh keturunan sekali pun, lebih baik kita bersikap low profile. Bukan apa, manalah tahu, esok lusa Allah nak tarik balik semua tu, apa pula yang hendak diceritakan pada rakan sepejabat. Tak rasa malu ker nanti?
Nota : Kalau harta dah selaut, lebih baik peruntukkan untuk buat sesuatu ke jalan kebaikkan. Up grade rumah anak yatim ker, up grade sekolah pondok ker, tak pun jadikan harta tersebut sebagai biasiswa kepada murid-murid yang memerlukan. Insyaallah, boleh juga buat bekalan disana kelak.
pernah alami camtu tak?
lagipun kalau beli barang mahal2 kenala bagitau satu dunia kan? kalau takorang tak tau... wat rugi je beli mahal2 tapi orang ingat cap ayam yang beli kat petaling street
realiti dunia fB.. huhu