Berhati-hati kerana tidak semua rakan lama yang teruja hendak berjumpa semula (lebih kurang reunion lah ni) betul-betul happy nak jumpa anda. Sebabnya ada juga yang bersusah payah menjelajah satu facebook, add beberapa senarai semata-mata hendak mencari downline! Erk!!
Memang betul-betul potong kegembiraan bila bertemu semula rakan yang jenis seperti ini. Hendak ditolak, rasa serba salah. Yelahlah telah bertahun terputus hubungan. Apa salahnya tolong rakan sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak tolong kawan.
Terpulang. Kalau anda rasa anda benar-benar perlukan produk tersebut, apa salahnya. Tetapi kalau anda berasa tidak perlu, berani berkata tidak dengan cara yang baik. Moga ikatan tali persahabatan ini tetap kukuh hingga ke akhirnya.
Kepada yang stress mencari downline, cukuplah sekadar anda memaklumkan kepada semua rakan, apa yang sedang anda niagakan. Jika mereka berminat, tahulah mereka bagaimana hendak mencari anda. Tidak perlu telefon seminggu sekali, sebulan empat kali semata-mata hendak mempelawa rakan anda turut sama mendengar sesi pengenalan produk.
Bukan apa, risau jika sikap anda ini berterusan, akhirnya anda akan kehilangan rakan. Sebab apa,
" Alamak, Lisa call aku ni. Ni konfem nak ajak aku dengar program usahawan ni. Baik tak payah jawap, nanti payah pula aku nak melarikan diri."
Hahahah... i like jugak idea traced back ol skool buddies for biz purpose@downline... otak bizness...
ASCA...
Memang satu strategik yg best utk bisnes. War-war kan pd semua rakan tapi jgn paksa mereka. hehe..