Pergghh..sungguh saya tidak sangka yang saya akan terjumpa dengan orang yang berpendirian sebegini. Kenapa? Katanya..
" Em..terus terang saya katakan, gaji saya tidak banyak. Cukuplah untuk saya bayar ansuran rumah, kereta, dan beri pada ibubapa saya. Bagi saya perkahwinan bukan untuk suka-suka. Ianya adalah tanggungjawab hingga ke akhir hayat. Buat apa kita nak ambil anak orang (berkahwin) sedangkan kita tahu, kita memang tidak mampu. Saya tidak sanggup untuk menyusahkan pasangan saya. That's not me." terangnya pada saya, serius.
" Eh..you tahu tak, rugi tak kahwin nih. " usik saya.
" Ehm..biar saya sorang yang rugi. Asalkan pasangan saya tidak rugi. "
" Habis tu, takkan sampai ke tua you tak nak kahwin."
" Kalau ada jodoh pun, biarlah selepas ansuran kereta saya dah cash."
Saya hormat dengan pendirian dan pegangan hidupnya. Tidak ramai lelaki yang ada sifat macam tu sekarang nih. Sesetengah dari kita, ada yang berkahwin sebab malu dikatakan bujang terlajak ataupun anak dara tua. Ada juga yang berkahwin sebab mak dan ayah dah teringin sangat nak menantu. ( Ini kes makayah malu pada jiran, takut di'chop' anak teruna ataupun anak daranya tak laku)
Kata orang, rezeki kerja Allah. Betul. Tapi kalau dah tahu memang tak mampu buat apa nak jerat diri sendiri. Belanja kahwin sekarang nih, bukan murah. Kalau murah, kenapa ada yang terpaksa buat personal loan semata-mata nak kahwin. Lepas kenduri kendara, mulalah pening kepala bila tengok senarai hutang dah tambah satu lagi!
Mungkin inilah salah satu sebab yang kerap sangat kita dengar, tahun ini kahwin tahun depan dah bercerai.
bila dah kawen, sebuk tanye bila nak beranak...lepas 2 sebuk tanye anak sekolah mane, result berape...bila nak kawen..bla bla bla...turun temurun soklan tuh jugak la...hurmmm
kalo fikirkan kalau kahwin tu bole membebankan pasangan, lebih baik tangguh dulu niat..
KadKahwin?