Terima kasih kepada ANONYMOUS (Anon) kerana design header GreenAppleKu. Simple dan GA amat menghargainya. Kata orang, rezeki jangan ditolak. GA submit kepada Anon untuk design header. Dari awal lagi Anon sudah memaklumkan yang dia hanya akan memilih beberapa blog sahaja. Ada rezeki, adalah. Kalau tak der, jangan marah.
Kepada Anon, manusia ada bermacam-macam ragam. Ada yang tahu menghargai kawan-kawan. Ada yang tidak pandai hendak menghargai kawan-kawan. Jangan kecil hati kerana ini adalah realiti kehidupan. WELCOME TO REALITY. Selesai ucapan terima kasih GA pada Anon.
Beralih kepada sebuah artikel. Ada sesiapa yang hendak belajar ILMU IKHLAS? Artikel dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi, ada jawapnya.
"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.
"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.
Pengajaran
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.
SUMBER : Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Blog beliau, www.genta-rasa.com
belajar ilmu ikhlas..teringat scene ni kat cite Kiamat Sudah Dekat..=p
Jejaka Terhangat: Pandangan Jejaka Terhangat Terhadap Isu Gadis Shawl Melaram.
kalo kita beramal kerana Allah, memujuk hati, "tak pelah.. Allah tahu" bleh tak ikhlas gitu tu..?
Anon : Artikel di atas, separuh untuk Anon. Separuh lagi untuk semua. Jangan bersedih dengan karenah manusia yg pelbagai.
Jejaka Terhangat : Header kamu lagi gempak. Amat bersesuai dengan blog terhangat JT.
Nora : (kalo kita beramal kerana Allah, memujuk hati, "tak pelah.. Allah tahu" bleh tak ikhlas gitu tu..?)
Setiap perkara yg terdetik dihati kita, Allah dah tahu walaupun belum sempat kita memohon padaNya. Itu cara yg terbaik utk mendidik hati agar ikhlas. Cukuplah Allah yg tahu niat kita. Jangan terlalu mengharap terima kasih dari manusia.