Rakyat Malaysia wajar mencontohi semangat yang di tunjukkan oleh Tun sepanjang tempoh pemerintahan nya dan dari segi pemikiranya. Sikap sikap yang patut di tauladani dan dikenang oleh segenap rakyat Malaysia adalah seperti berikut:
- Tabah didalam mengejar karier politiknya. Beliau pernah digantung keangotaan UMNO buat seketika tetapi masih sayangkan UMNO
- Tidak tunduk kepada tekanan kerajaan asing untuk menguasai Malaysia dari segi ekonomi
- Membangunkan projek mega seperti KLCC dan Putrajaya yang dapat menonjolkan Malaysia sebagai negara membangun yang progresif
- Membangunkan system pendidikan yang menyeluruh dan dapat meningkatkan golongan professional secara pantas dan berkesan
- Amat menepati masa didalam jadual hariannya. Tun berada di pejabat pada jam 8 pagi jika tiada urusan lain
- Amat merendah diri, Tun masih tetap pergi membeli belah di pekan rabu walaupun bergelar Perdana Menteri
- Mampu menjadi ketua yang dihormati oleh semua kaum tanpa mengira keturunan & agama
- Pantas dan berani membuat keputusan yang penting dan sukar seperti ketika kegawatan ekonomi 1997-2000
- Mempunyai pemikiran yang jauh terutamanya dalam mengenal pasti peluang dan keperluan rakyat Malaysia. Contohnya semua projek yang dikatakan membazir oleh penentangnya seperti Jampatan Pulau Pinang, KLCC, KLIA adalah salah sama sekali, sebaliknya membantu pembangunan Malaysia.
- Tetap menghormati semua pemimpin Malysia yang lepas walaupun beliau lebih menyerlah berbanding merekaTidak mudah melatah atau tersinggung dengan komen komen yang tidak berasas terhadap dirinya atau ahli keluarganya
- Tun merupakan pemidato yang hebat, beliau tidak memerlukan skrip untuk berhujah malah mampu mengalahkan pemimpin luar negara dari negara maju
SUMBER : tunmahathir.com