GA : "Ada inspirasi, ada motivasi tetapi tidak reti menyimpan semangat kerana tidak kenal sejarah." Agak sinis ayat tersebut tapi GA suka sebab ada benarnya apa yang ditulis.
Ia perlu dihayati dan dijiwai kerana semangat atau perasaan yang kuat berkehendakkan sesuatu itu menjelma hasil kesedaran bila seseorang itu bertafakkur dan bermuhasabah. Tidak kira sama ada semangat memperoleh kejayaan dunia mahupun kejayaan akhirat, semangat akan bersemarak di dalam jiwa setelah seseorang memahami sejarah diri mahupun kelompoknya.
Semangat akan datang bila seseorang memandang ke belakang atau menghayati sejarah. Sejarah itu pula amat penting kerana ia berkait rapat dengan 'reflective thinking,' atau tadabbur. Berfikir dan merenung dengan tenang. Kerana itu, andainya kita asyik memandang ke hadapan atau berwawasan, semangat tidak akan diperoleh.
Oleh kerana kita asyik memikirkan masa depan ataupun berwawasan, sebab itulah kita hanya teruja untuk bertempik. Bila kita berhenti menjerit, tiada semangat yang bertakung di dalam dada. Inilah yang terjadi kepada sebilangan besar daripada kita. Ada inspirasi, ada motivasi tetapi tidak reti menyimpan semangat kerana tidak kenal sejarah.
SUMBER : maafcakap.blogspot.com
contohnya amerika.
just my 2 cents. :)