BIMBINGAN MUKMIN : Semua waktu-waktu ini makruh melakukan sembahyang yang tidak bersebab. Adapun sembahyang-sembahyang yang ada sebabnya seperti mengqadhakan sembahyang sunnat, sembahyang kerana gerhana matahari atau bulan, atau sembahyang jenazah maka tiadalah dihukumkan makruh.
Waktu-waktu yang dimakruhkan bersembahyang ada lima:
- Selepas sembahyang asar.
- Selepas sembahyang subuh.
- Selepas tergelincirnya matahari
- Waktu terbitnya matahari.
- Waktu tenggelam matahari.
Dan juga untuk menimbulkan daya dan tenaga. Jadi dengan menjauhi waktu-waktu tersebut ialah sebagai tambahan pendorongan dan menimbulkan perhatian untuk menunggu selesainya masa-masa itu.