![]() |
SOALAN
SAYA ada beberapa kemusykilan yang memerlukan penjelasan Datuk. Mengapa telur penyu boleh dimakan oleh orang Islam sedangkan daging penyu tidak?
Adakah kerana penyu mempunyai cengkerang di belakang badannya atau adakah kerana telur itu belum lagi menetas? Kalau begitu, apa bezanya dengan telur ular atau biawak? Adakah telur ular dan biawak boleh dimakan sebab ia belum menetas?
![]() |
JAWAP
Soal makanan adalah perkara yang sangat diberi perhatian dalam Islam. Makanan yang baik dan halal menjamin akhlak dan budi pekerti yang baik.
Penyu tidak boleh dimakan kerana ia termasuk dalam kategori haiwan dua alam, iaitu boleh hidup di darat dan laut. Telurnya pula tidak termasuk dalam kategori dua alam, jadi ia boleh dimakan dan bukan kerana ia belum menetas.
Ular dan biawak haram dimakan kerana ia termasuk haiwan yang disarankan dibunuh dan menjijikkan dalam agama. Oleh itu telurnya juga haram dimakan.
Daripada Aisyah berkata; Rasulullah bersabda yang membawa maksud: “Antara haiwan fasik yang perlu dibunuh baik di tanah halal mahupun haram ialah ular, tikus dan anjing hitam.”
Sementara itu, Imam ibnu Hazm mengatakan dalam Al-Muhalla (6/73-74): “Setiap binatang yang diperintahkan oleh Rasulullah supaya dibunuh maka tidak ada sembelihan baginya, antaranya ialah seperti cicak.”
errr.. sy suka tgok ninja turtle masa kecik2 dulu.. hehe..
Lizzie : Kesian kan penyu tu..
Solihin : Ninja Turtle memang best. Suka watak mana?
same la kalo kite tgk org sembelih lembu.. pastu kite cakp kesian kat lembu tu
maka haram la kite mkn