![]() |
SELAMAT HARI RAYA DARI GREENAPPLEKU.. |
Panjang jugak ler berbaris di SHELL tadi. Tapi saya tidak kisah sebab enjoy lihat gelagat orang hendak balik kampung. Ada yang isi minyak kereta full tangki. Ada yang check angin tayar. Tidak henti-henti lah menjerit bunyi ting..ting..ting... Lepas satu kereta, datang lak satu lagi kereta. Yang kanak-kanak pula, memborong biskut, air kotak dan keropok. Doa saya semoga semuanya selamat sampai ke destinasi.
Lagu raya tidak henti di mainkan di suria, ikim, era dan hot fm. (Saya dengar 4 radio ni sahaja) menghidupkan lagi mood raya. Dalam banyak-banyak lagu raya lah..lagu apa yang menjadi kegemaran korang yer. Saya suka lagu raya dari senario..puasa dan raya. Best sebab mengambarkan realiti dan ragam manusia setiap kali menjelang raya dan selepas habis raya. Sebagai ingatan untuk saya juga agar jangan over dalam berbelanja raya.