SOALAN:
Adakah berseluar pendek bagi lelaki dengan tujuan untuk bersukan, melakukan aktiviti harian atau dengan niat memudahkan pergerakan dibenarkan dalam Islam?
JAWAPAN:
Dalam Islam, para ulama membahagikan batas-batas aurat bagi lelaki khususnya di luar sembahyang kepada dua kategori seperti berikut:
AURAT LELAKI KETIKA BERHADAPAN DENGAN LELAKI.
Aurat lelaki yang wajib di tutup adalah bahagian tubuh badan antara pusat hingga lutut. Hukum ini telah disepakati oleh para fuqaha melului beberapa hadis sahih. Antaranya sebahagian yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a bermaksud: Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan bahagian anggota yang terletak di bawah pusat adalah aurat juga.
AURAT LELAKI KETIKA BERHADAPAN DENGAN PEREMPUAN.
Aurat lelaki ketika berhadapan dengan perempuan adalah berbeza berdasarkan kedudukannya dengan perempuan tersebut. Sekiranya mereka itu terdiri daripada bapa, adik-beradik kandung, bapa saudaranya dan lain-lain, maka aurat yang mesti ditutupi ialah bahagian anggota yang terletak antara pusat dan lutut.
Begitu juga menurut pendapat yang terkuat jika dia (ajnabi) seorang yang lain daripada keluarganya. Oleh itu, berseluar pendek untuk bersukan, melakukan aktiviti harian atau dengan niat untuk memudahkan pergerakan adalah dilarang.
p/s: thax cek malware ut my blog :)